Sabtu, 22 Jun 2013

Diakah Bakal Suami Aku? [BAB 1]

                                                                                 
                                                                          Syafiq Iqram

Bab 1
"Bangun pagi gosok gigi" deringan alat kecil yg di panggil deringan jam itu membangunkan wani... Malasnya rasa dia nak membuka mata.. 

Tapi nak buat mcm mana hari ini lebih istimewa dari hari semalam. Baginya hari ni adalah hari pertama kerjanya di sebuah syarikat gergasi di Malaysia, milik usahawan berjaya iaitu, Datuk Tan Sri Farish Omar yang mempunyai seorang anak lelaki yang handsome walaupun suka berfoya-foya tetap berjaya menjadi naib eksukutif syarikat milik ayahnya.

Berangan sangat sampai telefon bimbit berdering pun tidak kedengaran. Wani terkejut terus menyahut panggilan tersebut.

 “Assalamualaikum, ni Wani ke? Ni mak nak beritahu, hujung minggu ni mak nak datang melawat di rumah Wani” .Wani menjawab, “Wani akan tunggu nanti bila mak datang”. Dia pun mengunci pintu rumah apabila semuanya dah siap dan bersedia untuk ke pejabat dan berfikir takut-takut datang lambat ke pejabat, dah la nak tunggu teksi pun lama nak sampai ambil.

Dalam beberapa minit, teksi sampai dan Wani pun melambaikan tangannya untuk menarik perhatian pemandu teksi tersebut. Dalam perjalanan teksi yang dinaiki tersekat dalm kesesakan lalu lintas. Lalu dia mencari jalan pintas untuk ke pejabat.

Tetiba saja teksi yg dinaikinya itu dan membayar duit perjalanan itu dan terus keluar tanpa melihat kereta dari kiri dan kanan kerana dia tahu bahawa dia sudah lambat masuk ke pejabat kerana hari ini adalah hari pertama tapi datang lewat.

Ketika dia sedang lalu, tiba-tiba sebuah kereta Honda Civic perak laju memecut ke kawasan yang sama ditujui oleh Wani serta hampir melanggarnya.

Wani terus maju ke kereta yang membawa laju dikawasan pejabat tadi kerana marah sebab memandu laju sangat sampai tudungnya terangkat oleh angin kereta yang dipandu oleh pemandu tersebut. Dia bukan suka kalau ada saja mengaitkan dirinya dengan sesuatu perkara tersebut.

Wani pun mengeluarkan kata marahnya, “Awak ni nak bagi orang yang lalu sebelah kereta anda ni meninggal ke sebab laju tahu tak? “Atau anda ingat kereta anda besar anda dah bagus la!”. Wani tidak sedar bahawa yang sedang dia berhadapan dan marahkan itu adalah anak pemilik syarikat yang dia akan bekerja.

“Dah habis membebel, saya nak masuk pejabat saya. Anda ni datang dari mana?. Tak pasal-pasal marahkan saya, anda tahu tak siapa saya yang anda tenkingkan ni?. Wani menjawab, “tidak”. Lelaki tersebut pun menyambung perbicaraannya dengan Wani, Saya Syafiq Iqram, anak pemilik syarikat ni.

Jadi jangan nak main hentam je nak marah orang dan setidaknya tanyalah dulu siapa saya ke, ni tak terus marah je kat orang dan seharusnya kalau nak tejur jangan guna kemarahan untuk membalas dendam. Ok. Bye. “Poyonya bos aku ni”, dia berkata dalam hati.

Selepas tamat pergaduhan yang tidak disangka itu membuat masing-masing saling jatuh cinta pandangan pertama.

Masing-masing bercakap dalam hati, Syafiq berkata dalam hatinya, ada juga wanita macam tu dan ini kali pertama aku ditegur oleh seorang perempuan dengan kasar. Ah, sudahlah buat apa aku fikirkan dia, lebih baik aku fikirkan diri aku, dan syarikat bapa aku ni lagi bagus daripada fikirkan perempuan tu. 

Padahal dalam hati Syafiq masih memikirkan wanita tersebut. Dalam bilik mesyuarat, semua pekerja penasaran kerana tiba-tiba sahaja ada mesyuarat tergempar apabila dipanggil ke bilik mesyuarat oleh pemilik syarikat Aman Coperation Berhad, iaitu Datuk Tan Sri Farish Omar untuk bermesyuarat.

Syafiq Iqram, naib eksukutif syarikat tersebut anak kepada Tan Sri juga terkejut dengan apa yang sedang terjadi.

Saya memanggil anda semua kerana ingin memperkenalkan setiausaha baru untuk anak saya Syafiq bagi menggantikan setiausaha lamanya yang telah meletakkan jawatan diatas sebab tertentu yang perlu dirahsiakan.

Apa!!!, Syafiq dan Wani terkedu seketika kerana disatukan dalam satu tempat, padahal awal-awal lagi dah bergaduh depan ruang legar pejabat. “Dia jadi setiausaha aku?” Syafiq berbicara dengan dirinya sendiri dalam hati. “Apa!!!, dia jadi ketua aku, aduh boleh jadi gila aku kalau macam ni”, Wani juga berfikiran sama seperti Syafiq.

"Nah, ni semua kerja kau, sebab awakkan dah jadi bawahan saya dan siap sebagai setiausaha saya lagi. Aku nak awak siapkan dalam masa tiga hari minggu ini.

"Haha..., baru padan sebab marah saya tak tentu pasal pagi tadi" dia berkata dalam hatinya.

"Hish!!!..., dia ni, nasib baik dekat pejabat, kalau dekat luar macam tadi, dah kena dengan tumbukkan aku ni" Wani juga berbicara dalam hatinya dengan perasaan yang membara seperti sedang membakar ayam bakar.

“Awak tengoklah nanti saya akan buat perhitungan dengan awak apabila keluar pejabat nanti”Tambah lagi kata Wani.

Wani pernah juara taekwando peringkat kebangsaan mewakili negeri dan negara yang dia cintai. Syafiq tidak tahu mengenai perkara itu dan dia akan menghadapi bahaya yang akan datang selepas tamat waktu bekerja nanti.

“Hai, awak pekerja baru ke sebab tak pernah nampak pun sebelum ni kat pejabat”, jawab seorang wanita yang juga bekerja di syarikat yang sama. Nama saya Salina.“Siapa nama awak?, Tanya gadis tersebut yang bernama Salina. Saya nama Nur Syazwani, panggil Wani je.

Kalau saya nak bersahabat dengan awak boleh tak?. Tanya Salina kepada teman barunya itu.

Boleh, apa salahnya kalau berkawan, mungkin nanti-nanti saya akan perlukan pertolongan awak.

Jadi awak nak berkawan dengan saya sebab nanti nak tumpang rumah saya kalau awak ada masalah nanti?.
Taklah, saya Cuma beritahu sahaja, mana tahu nanti, kalau Allah takdirkan untuk saya.

Selepas tamat waktu bekerja Wani pun masih lagi dengan pendirian dia untuk membuat perhitungan dengan Syafiq, dan tidak kira kalau dia anak datuk atau bukan.

Syafiq lupa bahawa dia akan berhadapan sesuatu yang besar sebentar nanti. “Papa, Syafiq hari ni balik lewat sebab ada kerja sikit, boleh tak?” Syafiq menelefon ayahnya dengan telefon bimbit Samsung Galaxy Mini keluaran terbaru itu.

Ayahnya menjawab, Boleh, tapi jangan lewat sangat”. “Aku dah tak sabar nak tumbuk muka Syafiq sebab dia permalukan aku di pejabat tadi,” Wani berbicara dalam hatinya.

 “Woi, tunggu dulu, jangan pergi dulu, aku nak buat perhitungan dengan kau sebab tadi kau permalukan aku depan orang pejabat”, Wani menjerit.

Syafiq yang baru sahaja muncul dihadapan keretanya untuk ke tempat lain di tempat letak kereta pejabat tersebut terkejut kerana tiba-tiba ada orang panggil dia.

Syafiq pun menoleh kepalanya ke kiri dan kanan untuk mengetahui siapa yang telah memanggilnya.

Apabila dia menoleh, Wani dihadapannya yang sedang marah disebabkan tadi. “Haha, siaplah kau aku kerjakan kejap lagi”, Wani bertekad untuk tumbuk Syafiq.

Baru saja dia melangkah, dia berasa tidak sanggup bertumbuk dengan orang yang baru dia cintai. “Ha, nak apa lagi, nak tambah kerja kau lagi ke?,” gurau Syafiq dengan kasar.

“Hmmm, tak ada apa-apa pun, saja panggil, nak tengok awak nak menoleh ke tidak kepada saya apabila saya panggil awak nanti, hehe…” Wani juga bergurau dengan Syafiq yang pada awal rancangan dia nak kenakan Syafiq, tetapi dia berasa tidak sanggup memukul Syafiq diatas sebab-sebab tertentu.

“Aduh!!!, letih juga kerja hari pertama dipejabat, tak seperti yang aku sangka rupanya”. Dah la aku nak tumbuk seorang lelaki pun bila dah tengok muka dia, tak boleh buat apa dah, macam robot yang hanya dikawal melalui kawalan jauh untuk bergerak.

Baik aku freshkan diri aku dulu, lepas tu solat, baru buat kerja yang bos poyo tu suruh aku buat kerja. Dah la dia bagi aku masa cuma tiga hari je kot untuk siapkannya.

Eh, bunyi kereta siapa pula tu di luar rumah ni? Wani berbisik dalam hatinya. Hmm, biar ajelah, mungkin rumah sebelah kot.

“Ting tong,” bunyi loceng pintu pagar rumah ditekan oleh seseorang di luar rumahnya.

“Hish, siapa la pulak datang rumah aku malam-malam ni, tadi bunyi kenderaan, sekarang bunyi loceng pintu pagar pulak.”, Wani berbicara dalam hatinya.

Kejap, nak buka pintu la ni. Aduh, tak sabar betul serupa dengan kelakuan mak aku la pulak. Ibunya bernama Siti Zaleha bersama ayahnya Hishamuddin yang tinggal di kampungnya di Bandar Alor Setar.

“Mak rupanya, ingatkan siapa tadi,”(Rupa-rupanya memang betul pun dugaan dia) sapa Wani dengan terkejut.

“Wani, kamu tahu tak, mak dan abah tunggu lama di perhentian bas Jalan Duta, tapi kamu tak sampai-sampai juga, jadi kami ambil keputusan untuk pergi cari rumah kamu sendiri.

“Kenapa mak tak telefon Wani je, kan senang sikit?”. Boleh Wani terus ambil mak di stesen bas tadi.
“Kami dah telefon banyak kali dah, kamu yang tak angkat”, kata ibu bapanya serentak.

“Hehehe… yeke…. Kejap Wani cuba lihat telefon bimbit dulu. Hmm, patut la mak, abah telefon tak dapat, bateri dah habis. Nanti, Wani cas bateri, maaflah mak, abah, sebab tak dapat jemput”.

“Kamu selalu begini rupanya, perangai kamu masih sama walaupun dah mula bekerja. Bagaimana kalau nanti dah ada suami, nak jadi begini juga?. Tanya maknya dengan serius kerana umur semakin meningkat dah.

“Mak, jangan cerita pasal suami pula, sebab waktu ni Wani nak tumpukan pekerjaan Wani dulu sampai berjaya, lepas tu baru Wani nak kahwin.”

“Nak tunggu sampai tua dulu, baru nak kahwin. Kalau macam ni siapa yang nak?” maknya membalas semula percakapan Wani.

Mak, ni orang cakap betul, bukan main-main mak.

Mak tahu la, saja nak tengok reaksi kamu. Maknya permainkannya kerana dah lama tak berborak dengannya.

Mak ni ada-ada sajalah nak sakitkan hati orang, tak baik tahu tak mak. Lagi mak tahukan yang Wani pernah kecewa disebabkan cinta? Jadi buat masa sekarang mak jangan la bincang pasal ni lagi tau.

......................................

Bunyi kereta Honda Civic memasuki ke kawasan halaman rumahnya yang dikawal ketat oleh pengawal yang mengawal siang dan malam setelah selesai tugas dan urusannya.

Syafiq pun menuju ke pintu rumahnya setelah letek kereta miliknya digaraj letak kereta bersama kereta-kereta ayahnya yang lain. Syafiq pun membuka pintu rumahnya dengan perlahan-lahan agar ibu bapanya tidak tahu pasal dia pulang ke rumah lewat.

Baru sahaja kaki kirinya melangkah masuk kedalam rumah, tiba-tiba ada suara memanggil namanya.
“Syafiq kesini kejap, ayah nak cakap sikit”, kenapa hari macam lewat sikit dari waktu yang kamu beritahu ayah?.

Ada apa ayah? Syafiq penat la, nak solat dulu lepas tu nak tidur sebab banyak kerja la di pejabat.
Ayah dan mama nak kamu secepatnya cari pasangan hidup kamu, sebab umur kamu akan semakin meningkat, betul tak?.

Ayah, Syafiq  tak nak kahwin  lagi, sebab Syafiq nak berjaya dalam perniagaan  kita  dulu. Ayah, pun tahukan yang Syafiq  masih  muda lagi?.

Ayah tak mahu kamu  jadi macam ayah dan mama kamu tu. Kami kahwin lewat, sebab tu ayah nak kamu kahwin awal agar ayah dapat tengok cucu ayah sebelum dipanggil oleh  Ilahi.

Syafiq akan ketemukan bakal isteri Syafiq dengan ayah nanti bila Syafiq dah bersedia, ayah fahamkan dulu Syafiq pernah kecewa disebabkan cinta?

Maknya, apa yang kita nak buat agar dia kahwin cepat? Supaya kita dapat lihat cucu-cucu kita kerana umur kita sudah uzur.

"Sabar jelah abahnya", sahut Datin Aini yang baru datang dari dapur menolong apa yang patut dengan Mak Jah. 

Mak Jah tinggal dengan datuk dan datin sejak mereka kahwin lagi sebagai pembantu rumah merekasewaktu berusia 30 tahun kerana tiada pekerjaan yang tetap. Sejak ituah semua orang di rumah panggil dia sebagai Mak Jah sebab Mak Jah berumur lima puluh tahun dan melebihi umur datuk dan datin yang berusia empat puluhan.

Siapa Wani sebenarnya? Macam mana dia boleh bekerja di syarikat ayah aku? confius betul...
Kenapa aku asyik fikirkan tentang dia je, macam dah takde benda lain nak fikirkan... 

Dahlah, baik aku solat dulu selepas tu baru boleh tidur dengan nyaman tanpa gangguan. 

Selepas Syafiq ambil wuduk terus Syafiq menunaikan Solat Isyak yang kewajipannya sebagai orang Islam dan merupakan rukun Islam kedua

Selesai solat Syafiq terus melelapkan matanya selepas penat sehariah kerja dipejabat ayahnya..

BERSAMBUNG...

Terima kasih kerana membaca, cer komen sikit. Nantikan bab 2 bakal menyusul. 

5 ulasan:

  1. wah...best juga cerita ni...nak tgk saya punya tak..aiseh...tapi tak tahu best ke idok...hihi http://karyazieyzieilisha.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi mcm tak brape nmpak la tulisan dia tu... :)

      Padam
  2. bestlh admin..nnt bgi link smbung die plak ye..

    BalasPadam
  3. BetVictor's new sports betting app - videodl.cc
    Get BetVictor's new sports betting app to run on mobile with the help online youtube to mp3 of Betting Gods Mobile App for Android & iOS.

    BalasPadam
  4. What to do when gambling with a real money card? - Dr.MCD
    Many people prefer playing at 포천 출장샵 home. However, some people 서울특별 출장안마 will also prefer gambling online for fun 공주 출장샵 or 정읍 출장안마 for other fun. 진주 출장안마

    BalasPadam