Jumaat, 2 Ogos 2013

BAB 1 - DIAKAH BAKAL SUAMI AKU VERSI BARU



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua, maaf sebab bab 2 masih belum dapat didedah lagi, tapi ini saya siapkan versi baru bab 1 DBSK yg diubah sedikit penceritaan dari bab 1 sebelumnya...


Bab 1
"Bangun pagi gosok gigi" deringan alat kecil yg di panggil deringan jam itu membangunkan Wani... Malasnya rasa dia nak membuka mata..

Tapi nak buat macam mana hari ini lebih istimewa dari hari semalam. Baginya hari ni adalah hari pertama kerjanya di sebuah syarikat gergasi di Malaysia, milik usahawan berjaya iaitu, Datuk Tan Sri Farish Omar yang mempunyai seorang anak lelaki yang handsome walaupun suka bekerja keras sehingga berjaya dalam jurusan pentadbiran sehingga menjadi naib eksukutif syarikat milik ayahnya.

Berangan sangat sampai telefon bimbit berdering pun tidak kedengaran. Wani terkejut terus menyahut panggilan tersebut.

 “Assalamualaikum, ni Wani ke? Ni mak nak beritahu, hujung minggu ni mak nak datang ke  rumah kamu” .Wani menjawab, “Okey, Wani akan tunggu nanti bila mak dating nanti”.

Dia pun mengunci pintu rumah apabila semuanya sudah siap dan bersedia untuk ke pejabat. Lagipun sudahlah datang lewat ke pejabat, dah la nak tunggu teksi pun lama nak sampai ambil untuk hantar ke pejabat.

Dalam beberapa minit, teksi lalu dikawasan perhentian teksi berdekatan rumahnya. Wani pun melambaikan tangannya untuk menarik perhatian pemandu teksi tersebut ke tempat dia menunggu.

Dalam perjalanan, teksi yang dinaikinya tersekat dalm kesesakan lalu lintas. Biasalah, Kuala Lumpur kalau waktu pagi macam ni, kesesakan lalu lintas memang tak dapat diatasi sebab kereta makin hari makin banyak. Lalu Wani berharap akan jalan pintas untuk ke pejabat.

Tetiba saja teksi yg dinaikinya itu dan membayar duit perjalanan itu dan terus keluar tanpa melihat kereta dari kiri dan kanan kerana dia tahu bahawa dia sudah lambat masuk ke pejabat kerana hari ini adalah hari pertama tapi datang lewat.

“Alhamdulillah!!! Sampai juga aku kat syarikat gergasi ni, kalau tidak dah lama kena buang kerja sebelum masuk kerja ke sebab datang lewat ke pejabat” Wani bersenyum sendirian, padahal dia lupa sesuatu tentang ke pejabat.

Ketika sedang lalu, tiba-tiba sebuah kereta Honda Civic perak memecut laju masuk ke kawasan yang sama ditujui oleh Wani dan hampir melanggarnya.

Wani terus maju ke kereta yang tadi membawa laju dikawasan pejabat kerana marah sebab memandu laju sangat sampai tudungnya terangkat oleh angin kereta yang dipandu oleh pemandu tersebut. Dia bukan suka kalau ada saja mengaitkan dirinya dengan sesuatu perkara tersebut.

Wani pun mengeluarkan kata marahnya, “Awak ni nak bagi orang yang lalu sebelah kereta awak ni meninggal ke ape sebab awak pandu laju dalam kawasan syarikat tahu tak? Awak ingat kereta awak besar, awak dah bagus la!." Wani tidak sedar bahawa yang sedang dia berhadapan dan marahkan itu adalah anak pemilik syarikat yang dia akan bekerja.

“Dah habis membebel, saya nak masuk pejabat saya. Awak ni datang dari mana?. Tak pasal-pasal marahkan saya, awak tahu tak siapa saya yang awak tenkingkan ni?."

Wani menjawab, “Entah la, awak ni bodyguard kat sini kot." 

Lelaki tersebut pun menyambung perbicaraannya dengan Wani, "Apa!!! Awak panggil saya bodyguard? Saya adalah orang kedua tertinggi jawatan dalam syarikat ni tahu tak?. Saya Syafiq Iqram, anak pemilik syarikat ni!!!."

"Jadi awak jangan nak main hentam je nak marah orang dan setidaknya tanyalah dulu siapa saya ke, ni tak terus marah je kat orang dan seharusnya kalau nak tejur jangan guna kemarahan untuk membalas dendam."

"Nasib baik awak ni perempuan, kalau lelaki tadi dah kena dah. Oklah. Bye. Saya ada banyak urusan lagi nak kena buat daripada bebel dengan awak sebab sampai esok pun tak sudah."

 “Poyo betul bos aku ni”, Wani berkata dalam hati.

Selepas tamat pergaduhan yang tidak disangka-sangka itu membuat masing-masing saling jatuh cinta pandangan pertama.

Masing-masing bercakap dalam hati. Syafiq berkata dalam hatinya, "Ada juga wanita macam tu dan ini kali pertama aku ditegur oleh seorang perempuan dengan kasar. Ah, sudahlah buat apa aku fikirkan dia, lebih baik aku fikirkan diri aku, dan syarikat bapa aku ni lagi bagus daripada fikirkan perempuan tu."

"Haha, baru dia tahu siapa aku..." Wani ketawa sendirian dengan bangganya.

Padahal dalam hati Syafiq masih memikirkan wanita tersebut walaupun kata-katanya menendahkan hal tersebut.

Dalam bilik mesyuarat, semua pekerja penasaran kerana tiba-tiba sahaja ada mesyuarat tergempar apabila dipanggil ke bilik mesyuarat oleh pemilik syarikat Aman Coperation Berhad, iaitu Datuk Tan Sri Farish Omar untuk bermesyuarat.

Syafiq Iqram, naib eksukutif syarikat tersebut anak kepada Tan Sri juga terkejut dengan apa yang sedang terjadi.

"Saya memanggil anda semua kerana ingin memperkenalkan setiausaha baru untuk anak saya Syafiq bagi menggantikan setiausaha lamanya yang telah meletakkan jawatan diatas sebab tertentu yang perlu dirahsiakan." kata Datuk Tan Sri Farish Omar kepada semua pekerjanya.

"Apa!!!", Syafiq dan Wani serentak bersuara dan terkedu seketika kerana disatukan dalam satu tempat, padahal awal-awal lagi mereka dah bergaduh depan ruang legar pejabat. 

“Dia jadi setiausaha aku?” Syafiq berbicara dengan dirinya sendiri dalam hati.

 “Apa!!!, dia jadi ketua aku, aduh boleh jadi gila aku kalau macam ni”. Wani juga berfikiran sama seperti Syafiq.

"Itu sahaja maklumat penting yang ingin saya sampaikan kepada anda semua, terima kasih." Ucap Datuk Tan Sri Farish Omar. Semua orang keluar dari bilik mesyuarat

"Ambil, ini semua kerja awak, sebab awakkan dah jadi orang bawahan saya, siap sebagai setiausaha saya lagi. Saya nak awak siapkan dalam masa tiga hari minggu ini." 

"Haha..., baru padan sebab marah saya tak tentu pasal pagi tadi." Syafiq berkata dalam hatinya.

"Hish!!!..., dia ni, nasib baik dekat pejabat, kalau dekat luar macam tadi, dah kena dengan tumbukkan aku ni." Wani juga berbicara dalam hatinya dengan perasaan yang membara seperti sedang membakar ayam bakar.

“Awak tengoklah nanti saya akan buat perhitungan dengan awak apabila keluar pejabat nanti.” Wani menambah lagi kata-katanya tadi.

Wani pernah juara taekwando peringkat kebangsaan mewakili negeri dan negara yang dia cintai. Syafiq tidak tahu mengenai perkara itu dan dia akan menghadapi bahaya yang akan datang selepas tamat waktu bekerja nanti.

“Hai, awak pekerja baru ke kat sini sebab tak pernah lihat awak pun sebelum ni kat pejabat?. Tanya seorang wanita yang juga bekerja di syarikat yang sama. Nama saya Salina.“Siapa nama awak?." Tanya gadis tersebut yang bernama Salina. 

"Saya nama Nur Syazwani, panggil Wani je." Balas Wani kepada Salina.

"Kalau saya nak bersahabat dengan awak boleh tak?." Tanya Salina kepada teman barunya itu.

"Boleh, apa salahnya kalau berkawan, mungkin nanti-nanti saya akan perlukan pertolongan awak." Wani membalas semula soalan yang ditanya oleh Salina.

"Jadi awak nak berkawan dengan saya sebab nanti nak minta pertolongan saya kalau awak ada masalah nanti?." Salina bertanya semula kepada Wani.

"Taklah, saya cuma beritahu sahaja, mana tahu nanti, kalau Allah takdirkan untuk saya."

Selepas tamat waktu bekerja, Wani masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk membuat perhitungan dengan Syafiq, dan tidak kira kalau dia anak datuk atau bukan.

Syafiq lupa bahawa dia akan berhadapan sesuatu yang besar sebentar nanti. “Papa, Syafiq hari ni balik lewat sebab ada kerja sikit, boleh tak?” Syafiq menelefon ayahnya dengan telefon bimbit Samsung Galaxy Mini keluaran terbaru itu.

Ayahnya menjawab, "Boleh, tapi jangan lewat sangat”. 

“Aku dah tak sabar nak tumbuk muka Syafiq sebab dia permalukan aku di pejabat tadi,” Wani berbicara dalam hatinya.

 “Woi, tunggu dulu, jangan pergi dulu, aku nak buat perhitungan dengan kau sebab tadi kau permalukan aku depan orang pejabat." Wani menjerit kearah Syafiq.

Syafiq yang baru sahaja muncul dihadapan keretanya untuk ke tempat lain di tempat letak kereta pejabat tersebut terkejut kerana tiba-tiba ada orang memanggil dia.

Syafiq pun menoleh kepalanya ke kiri dan kanan untuk mengetahui siapa yang telah memanggilnya dia tidak pernah dengar suara itu selama ni. 

Apabila dia menoleh, Wani dihadapannya yang sedang marah disebabkan tadi. “Haha, siaplah kau aku kerjakan kejap lagi.” Wani bertekad untuk tumbuk Syafiq.

Baru saja dia melangkah, dia berasa tidak sanggup bertumbuk dengan orang yang baru sahaja dia mula dicintai.

“Huh, sekejap, nak ambil nafas sebab tadi saya berlari.” kata Wani dalam keletihan kerana berlari untuk dapatkan Syafiq di parkir kereta.

“Ha, nak apa lagi, nak tambah kerja kau lagi ke?.” gurau Syafiq dengan kasar.

“Hmmm, tak ada apa-apa pun, saja panggil, nak tengok awak nak menoleh ke tidak kepada saya apabila saya panggil awak nanti, hehe…” jawab Wani.

Wani juga bergurau dengan Syafiq yang pada awal rancangannya, dia hendak kenakan Syafiq, tetapi dia berasa tidak sanggup memukul Syafiq diatas sebab-sebab tertentu.

Wani meneruskan langkahnya untuk pulang ke rumah. 

Syafiq juga melangkah masuk kedalam kereta miliknya.

----------------------------------------------------------

“Aduh!!!, letih juga kerja hari pertama dipejabat, tak seperti yang aku sangka rupanya”. Dah la aku nak tumbuk seorang lelaki pun bila dah tengok muka dia, tak boleh buat apa dah, macam robot yang hanya dikawal melalui kawalan jauh untuk bergerak."

"Baik aku freshkan diri aku dulu, lepas tu solat, baru buat kerja yang bos poyo tu suruh aku buat kerja. Dah la dia bagi aku masa cuma tiga hari je kot untuk siapkannya." 

"Eh, bunyi kereta siapa pula tu di luar rumah ni?." Wani berbisik dalam hatinya. "Hmm, biar ajelah, mungkin rumah sebelah kot."

“Ting tong,” bunyi loceng pintu pagar rumah ditekan oleh seseorang di luar rumahnya."

“Hish, siapa la pulak datang rumah aku malam-malam ni, tadi bunyi kenderaan, sekarang bunyi loceng pintu pagar pulak.” Wani berbicara dalam hatinya.

"Kejap, nak buka pintu la ni. Aduh, tak sabar betul serupa dengan kelakuan mak aku la pulak." Ibunya bernama Siti Zaleha bersama ayahnya Hishamuddin yang tinggal di kampungnya di Bandar Alor Setar.

“Mak rupanya, ingatkan siapa tadi.”(Rupa-rupanya memang betul pun dugaan Wani) sapa Wani dengan terkejut. Siaplah Wani kena ceramah dengan mak dan abah dia nanti sebab lupa ambil mak dan abahnya di Stesen Bas Jalan Duta.

“Wani, kamu tahu tak, mak dan abah tunggu lama di perhentian bas Jalan Duta, tapi kamu tak sampai-sampai juga, jadi kami ambil keputusan untuk pergi cari rumah kamu sendiri.

“Kenapa mak tak telefon Wani aje, kan senang sikit?." Boleh Wani terus ambil mak di stesen bas tadi.
“Kami dah telefon banyak kali dah, kamu yang tak angkat.” kata ibu bapanya serentak.

“Hehe… yeke…. Kejap Wani cuba lihat telefon bimbit dulu. Hmm, patut la mak, abah telefon tak dapat, bateri dah habis. Nanti, Wani cas bateri, maaflah mak, abah, sebab tak dapat jemput”.

“Kamu selalu begini rupanya, perangai kamu masih sama walaupun dah mula bekerja. Bagaimana kalau nanti dah ada suami, nak jadi begini juga?." Tanya maknya dengan serius kerana umur semakin meningkat bukannya semakin menurun.

“Mak, jangan cerita pasal suami lagi, sebab buat masa sekarang ni Wani nak tumpukan pekerjaan Wani dulu sampai berjaya, lepas tu baru Wani nak kahwin.”

“Nak tunggu sampai tua dulu, baru nak kahwin. Kalau macam tu siapa yang nak?” Siti Zaleha membalas semula percakapan Wani.

"Mak, ni orang cakap betul, bukan main-main mak."

"Mak tahu, saja mak nak tengok reaksi anak mak yang paling manja ni." Maknya sahaja perkenakan anaknya kerana sudah lama tidak berborak.

"Mak ni ada-ada sajalah nak sakitkan hati orang, tak baik tahu tak mak. Lagi mak tahukan yang Wani pernah kecewa disebabkan cinta? Jadi buat masa sekarang mak jangan la bincang pasal ni lagi tau."

......................................

Bunyi kereta Honda Civic memasuki ke kawasan halaman rumahnya yang dikawal ketat oleh pengawal yang mengawal siang dan malam setelah selesai tugas dan urusannya.

Syafiq pun menuju ke pintu rumahnya setelah letek kereta miliknya digaraj letak kereta bersama kereta-kereta ayahnya yang lain. Syafiq pun membuka pintu rumahnya dengan perlahan-lahan agar ibu bapanya tidak tahu pasal dia pulang ke rumah lewat.

Baru sahaja kaki kirinya melangkah masuk kedalam rumah, tiba-tiba ada suara memanggil namanya.

“Syafiq kesini kejap, ayah nak cakap sikit, kenapa hari macam lewat sikit dari waktu yang kamu beritahu ayah?."

"Ada apa ayah? Syafiq penat la, nak solat dulu lepas tu nak tidur sebab banyak kerja la di pejabat.
Ayah dan mama nak kamu secepatnya cari pasangan hidup kamu, sebab umur kamu akan semakin meningkat, betul tak?."

"Ayah, Syafiq  tak nak kahwin  lagi, sebab Syafiq nak berjaya dalam perniagaan  kita  dulu. Ayah, pun tahukan yang Syafiq  masih  muda lagi?."

"Ayah tak mahu kamu  jadi macam ayah dan mama kamu tu. Kami kahwin lewat, sebab tu ayah nak kamu kahwin awal agar ayah dapat tengok cucu ayah sebelum dipanggil oleh  Ilahi." Ayahnya cuba menasihatkan anaknya yang degil ini.

"Syafiq akan ketemukan bakal isteri Syafiq dengan ayah nanti bila Syafiq dah bersedia, ayah fahamkan dulu Syafiq pernah kecewa disebabkan cinta?"

"Maknya, apa yang kita nak buat agar dia kahwin cepat? Supaya kita dapat lihat cucu-cucu kita kerana umur kita sudah uzur."

"Sabar jelah abahnya", sahut Datin Aini yang baru datang dari dapur menolong apa yang patut dengan Mak Jah.

Mak Jah tinggal dengan datuk dan datin sejak mereka kahwin lagi sebagai pembantu rumah merekasewaktu berusia 30 tahun kerana tiada pekerjaan yang tetap. Sejak ituah semua orang di rumah panggil dia sebagai Mak Jah sebab Mak Jah berumur lima puluh tahun dan melebihi umur datuk dan datin yang berusia empat puluhan.

"Siapa Wani sebenarnya? Bagaimana dia boleh bekerja di syarikat ayah aku? Kalau aku tanya ayah aku sendiri, nanti kata apa pulak? konfius betul..."

"Aduh!!! Kenapa aku asyik fikirkan tentang dia je, macam dah tak ada benda lain nak fikirkan. Buat aku nak ketawa ajelah sebab Wani tu lawak orang. Hehe…" Syafiq senyum sendiri seperti orang yang tidak siuman.

"Dahlah, baik aku solat dulu selepas tu baru boleh tidur dengan nyaman tanpa gangguan."

Selepas Syafiq ambil wuduk terus Syafiq menunaikan Solat Isyak yang kewajipannya sebagai orang Islam dan merupakan rukun Islam kedua.

Selesai solat Syafiq memohon doa agar dia diberi jodoh yang terbaik untuk dirinya dan serahkan segala urusan jodohnya kepada Allah yang Maha Esa. Setelah selesai membaca doa Syafiq terus melelapkan matanya selepas penat sehariah kerja dipejabat ayahnya.

Dalam, Syafiq sedang tidur, dia bermimpi suatu hari nanti Wani akan menjadi isterinya.
Terus Syafiq bangun tak berbicara, maklumlah kata benci pada Wani tu, tapi dalam hati kata suka sebenarnya.

Syafiq pun berishtifar banyak-banyak agar mimpi yang tidak diingini berulang dan menyambung ketidurannya kembali.

Nantikan bab 2 yang dalam rahsia lagi.. :) Terima kasih kerana membaca kisah yang tak seberapa ini... Silakan komen untuk penambah baikkan saya dalam penulisan ini nanti...