Assalamualaikum,
Akmal telah menukar cerita, dari novel ke cerpen dulu, sebab Akmal sedang
memperbaiki lagi penulisan Akmal. Jadi harap korang suka, masih ada sambungan
lagi. Tapi biarlah berahsia dulu ye... :). Selamat membaca... Terima kasih
kepada kak-kak sifu di group Mari Menulis yg telah menolong memperbetul ayat
saya dan memgajar saya eti menulis dan sebagainya.
Deringan jam loceng
dengan nada ‘Bangun pagi gosok gigi’ mengejutkan Wani dari lenanya.
Terasa malas menguasai diri. Namun digagahi juga membuka mata. Jika
tidak kerana hari itu adalah hari yang amat istimewa buat dirinya sudah tentu
dia lebih rela melayan tidurnya. Dengan berat hati Wani bingkas bangun dan
bersiap. Hari ini adalah hari pertama dia bekerja. Alhamdulillah.
Dia akan bekerja di sebuah syarikat milik usahawan berjaya Tan Sri Farish
Omar. Antara syarikat gergasi terbesar di Malaysia.
Siapa yang tidak
kenal Tan Sri Farish Omar. Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki.
Malangnya suka berfoya-foya. Walaupun begitu dia tetap berjaya dalam
kerjanya sebagai Naib Eksekutif di syarikat milik ayahnya sendiri. Dia
tersenyum sendiri. Bagaimana dia mendapat maklumat tersebut? Kenalah
banyak membaca. Terutama tentang dunia usahawan. Bagaimana pula dia
tahu anak Tan Sri Farish Omar suka berfoya-foya, apa lagi dari cerita
oranglah. Leka berangan sampai dia tidak mendengar telefonnya
berdering. Tangannya pantas mencapai telefon bimbitnya yang terletak di
atas meja solek. Terpampang diskrin ‘Makku sayang’.
“Assalamualaikum,
Wani hujung minggu ni mak datang melawat Wani tau, tunggu mak datang ya?”
beritahu pemanggil. Lebar senyuman Wani.
“Waalaikumsalam
mak. Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi datang jengok Wani,”
jawabnya ringkas. Talian dimatikan, dan senyuman masih terukir di bibir.
Seronoklah jika emaknya ada. Boleh pesan hendak makan apa.
Emak memang pandai memasak. Kalau emak datang jimatlah duitnya.
Tidak perlu makan di luar.
Setelah bersiap, Wani
terus melangkah keluar. Dia tidak mahu terlambat ke tempat kerja.
Apatah lagi hari ini adalah hari pertama dia menjejakkan kaki di
syarikat tersebut. Bak kata orang, biarlah hari pertama bersih
rekodnya. Usai mengunci pintu dia terus ke hentian bas. Apa sahajalah
yang sampai dahulu. Kalau bas, baslah yang akan didaki tangganya.
Kalau teksi… teksilah yang akan diambil untuk ke destinasinya.
Bukan mudah hendak mendapatkan kenderaan awam dari tempat tinggalnya.
Harap dia tidak terlambat. Hatinya mula gelisah. Resah, takut tidak
menentu.
Perjalanannya ke
tempat kerja tidak berjalan lancar. Dia tersangkut di dalam kesesakan
lalulintas. Inilah rutin harian yang terpaksa ditempohi oleh warga Kuala
Lumpur. Kenalah banyak bersabar. Dia masih tidak bekerja dan tidak
mampu membeli kenderaan sendiri. Sabarlah. Baharu sahaja
bekerja. Teksi yang membawanya terpaksa mencari jalan pintas. Jika
tidak pasti dia akan tiba lambat di tempat kerja baharunya itu. Usai
membayar tambang dia terus melangkah keluar dari perut teksi tanpa memandang
kiri dan kanan, hendak cepat punya pasal. Takut benar dia terlewat
sampai.
Waktu hendak melintas
dia hampir hendak dilanggar sebuah kereta Honda Civic yang meluncur
laju. Eee, geramnya! Kata Wani dalam hati. Dia mengetap
bibir. Langkah diatur laju menuju ke tempat meletak kereta. Dia
tercari-cari kereta yang hampir melanggarnya.
Tak tahu ke, ini
kawasan pejabat? Takkan tak nampak? Dia punyalah besar, cantik pula,
tidak mungkin pemandu itu tidak perasan. Huh! Dasar buta mata
agaknya. Dia menghentak-hentak kaki waktu berjalan. Tanda marah dan
geram. Kalau dia terlanggar tadi bagaimana? Kakinya patah? Cedera
parah? Mati ke? Wani menyumpah dalam hati.
“Hah! Itu pun
keretanya,” Dia melangkah laju mendekati Honda Civic yang diletakkan di
tempat letak kereta khas. Ah! Peduli apa. Perhitungan harus
dibuat. Wani terintai-intai. Pemandunya masih di dalam kenderaan
tersebut. Cermin tingkap diketuk dengan kuat. Kalau pecah dia
peduli apa. Hatinya sedang panas dan geram.
“Hoi!” jerit
Wani. Tingkap cermin di buka. Pemuda itu mengangkat bahu, matanya
membuntang memandang Wani.
“Awak ni ada
mata tak? Awak tak nampak ke saya tadi?
Awak hampir langgar
saya tau!” marah Wani berapi-api. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia
menyumpah seranah. Namun memikirkan dia masih ada etika kewanitaan jaga
jugalah tutur katanya. Pemuda itu membuka pintu kereta dan melangkah
keluar. Dia menjegilkan mata memandang Wani yang menyerangnya bagaikan
orang gila.
"Awak tu yang tak
ada mata dan akal. Seberang jalan tak pandang kiri kanan!
Bukan salah
saya? Awak yang tak berhati-hati! Malas saya nak layan orang gila
macam awak!” Pemuda itu menolak Wani ke tepi. Buang masa sahaja
layan perempuan separuh gila itu. Menjerit macam orang sasau.
Salahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri.
Huh! Dia
menjeling tajam sebelum melangkah pergi meninggalkan Wani dengan
kemarahannya.
“Hoi! Tak minta
maaf pun!!” jerit Wani masih tidak berpuas hati. Dia mengikut langkah
pemuda tersebut. Kacak? Memanglah kacak. Ah! Pedulilah dengan
kekacakkan pemuda itu kalau perangai menjengkelkan.
“Hoi!” Wani
menarik tangan pemuda itu di hadapan pintu lif. Peduli apa dia.
Pemuda itu merentap kembali tangannya.
“Awak ni kenapa? Gila
ke? Pengawal!” jerit lelaki itu kembali. Wani terlopong. Dia
yang hampir dilanggar kenapa pula pemuda itu marahnya kembali?
“Awak hampir
langgar saya, awak tahu tak?” lengking suara Wani. Pemuda itu membuntangkan
mata. Memang benar-benar gila perempuan yang berada di hadapannya itu.
“Habis tu awak nak
apa? awak cedera ke? Ada yang patah ke? Atau otak awak dah
terkeluar?” pemuda itu menonjol dahi Wani. Terkejut gadis
itu. Beraninya pemuda ini. Masing-masing lawan mencekak
pinggang. Tidak mahu kalah.
“Memanglah tak
cedera! Tapi sekurang-kurangnya minta maaflah!” Wani mencebik dan memeluk tubuh
sendiri. Pemuda itu menyengih sinis.
“Hei, awak
yang jalan tak pandang kiri kanan, awak salahkan saya bila awak hampir
terlanggar. Awak tahu tak, awak berjalan di jalanraya!” marah pemuda
itu. Wani berfikir seketika. Ya tak ya juga, detik hati kecil
Wani. Ah! Tapi dia peduli apa.
“Saya tak peduli, awak
harus minta maaf pada saya. Susah sangat ke?” Wani tidak mahu
kalah. Pemuda itu menarik hidung Wani.
“Awak ni kenal
tak saya siapa? Kalau nak bercakap tu guna akal, jangan sedap nak
membebel je,” pemuda itu menjuihkan bibir.
“Peduli apa saya siapa
awak!” Wani mencebik. Macamlah orang penting sangat. Tengok
penampilan biasa sahaja. Tiada apa yang istimewa melainkan wajahnya yang
kacak. Dia sedikit pun tidak tergoda. Kalaulah perangai macam ini, tak ingin di
buat suami pun.
“Saya Syafiq
Iqram,” pemuda itu memperkenalkan diri. Syafiq Iqram? Macam pernah
tengok dan dengar nama itu, tapi di mana ya? Wani berfikir sejenak.
Syafiq Iqram? Dia menekup mulutnya sendiri. Wajah pemuda itu
dipandang lama. Mampus aku! Detik hati kecilnya. Mahu
sahaja dia menyorok
dalam begnya itu, kalaulah dia mampu mengecilkan dirinya sendiri.
“Dah habis
fikir! Awak yang perlu minta maaf atau saya?” marah Syafiq Iqram.
Punat lif ditekan lagi sekali. Dia mendengus kasar. Wani terasa
dunianya terlalu kecil, sekecil dirinya sekarang. Dia sedang
berhadapan dengan anak pemilik syarikat tempat dia akan bekerja. Mahu
sahaja dia berlari meninggalkan tempat itu.
Kakinya bagaikan
tersekat dan tidak mampu digerakkan. Ada gam agaknya. Matilah aku,
bisiknya sendiri. Sudahlah hari pertama, bergaduh pula dengan anak
majikannya sendiri. Kalaulah dia dibuang kerja pada hari pertama,
bagaimana? Adoi!
Pintu lif
terbuka. Syafiq Iqram melangkah masuk. Tidak dipedulikan Wani
berdiri macam pohon kayu tua yang tidak mahu mati-mati. Dia menjelirkan
lidah sebelum pintu lif tertutup. Wani mencebik. Poyo betul anak
bosnya itu. Punat lif ditekan semula. Dia memaki dirinya
sendiri. Kenapalah marah orang tidak pandang kiri kanan dahulu.
Janganlah dia dibuang
kerja. Janganlah anak majikannya hantar dia jadi pencuci bangunan.
Sampai di bahagian HR,
Wani terus di bawa ke bahagian dia di tempatkan. Dia juga diperkenalkan
dengan rakan sekerja baharunya. Mereka menyambut kehadirannya dengan
baik. Dia mampu tersenyum semula walaupun dalam hati sedang berkecamuk berbagai
perkara.
“Wani, saya bawa awak
jumpa dengan Tan Sri Farish Omar dahulu. Dia akan tentukan awak
diletakkan di bawah siapa,” terang pegawai HR itu. Wani hanya
mengangguk.
Daun pintu berkaca
dihias dengan corak klasik diketuk perlahan. Itu pun setelah dibenarkan oleh PA
Tan Sri Farish Omar. Setelah dibenarkan masuk baharulah mereka
melangkah masuk. Wah, Wani teruja
melihat ruang kerja
Tan Sri Farish Omar. Hiasan dalamannya mewah, sofa berwarna putih hitam
diletak di tengah-tengah bilik tersebut. Luas sungguh. Lebih luas dari
rumah yang menjadi tempat tinggalnya sekarang.
“Sila duduk, terima
kasih Cindy, awak boleh keluar sekarang,” perintah Tan Sri Farish
Omar. Orangnya tidak terlalu tua, kacak, masih bergaya. Mata
Wani tertacap pada wajah majikannya itu.
“Wani, saya
keluar dahulu, kalau ada apa-apa jumpa sahaja saya di bahagian HR,”
kata Cindy sebelum melangkah keluar. Wani hanya mengangguk.
Setelah mengucapkan
terima kasih pada staf bawahannya. Tan Sri Farish Omar meminta seseorang
datang berjumpa dengannya. Dia meneliti resume Wani, dan terangguk-angguk.
Wani memerhatikan sahaja.
Tiada sebarang soalan
ditanya kepadanya. Daun pintu ditolak perlahan.
Terpacul seseorang yang … Wani menjegilkan mata. Matilah aku, bisiknya
sendiri. Syafiq Iqram mendekati dia dan Tan Sri Farish Omar.
“Ada apa Tan
Sri?” tanya Syafiq Iqram berprotokal.
“Ini saya
kenalkan Wani, setiausaha baharu Syafiq. Wani ini bos awak. Awak
akan bekerja dengan Syafiq Iqram. Selamat datang dan saya harap awak suka
bekerja di sini,” kata Tan Sri Farish
Omar. Terdiam
dan tidak berkutik Wani dibuatnya. Dia mencubit dirinya sendiri.
Tidak! Tidak mungkin!
Waktu itu mahu sahaja dia berlari keluar dan meninggalkan ruang yang mewah itu
atau lari keluar meninggalkan dan tidak perlu datang bekerja di syarikat
tersebut
“Ini setiausaha
saya? Tak ada orang lain ke Tan Sri?” Syafiq Iqram tidak
bersetuju. Perempuan ini? Tidak mungkin! Dia sendirk
terkejut. Baharu setengah jam yang lalu dia bergaduh dengan perempuan
ini.
“Kenapa?
Kelulusannya bagus, pelajar terbaik di kolej, aktif, kreatif, bukahkah
ciri-ciri itu yang Syafiq cari?” Tan Sri Farish Omar memandang wajah anak
terunanya yang cerewet itu.
“Memanglah Tan Sri,
tapi biarlah yang berkelayakan, kalau gila mana sesuai!”
Syafiq Iqram menjeling
tajam.
“Gila?” Tan Sri
Farish Omar terkejut. Wani menyengih.
“Ada sedikit
salah faham tadi Tan Sri,” Wani tersenyum semula.
Malunya!
“Oh ya ke? Nanti
awak berdua selesaikan.
Syafiq bawa Wani ke
pejabat. Cuba dahulu, kalau tidak sesuai baharu kita tukar yang lain,”
Tan Sri Farish Omar memeluk bahu anak terunanya. Syafiq Iqram
mengeluh. Wani dipandang sinis. Sakit hati masih
bersisa, masih bersarang di kepala.
Kenapalah perempuan
gila ini yang akan menjadi setiausahanya. Syafiq Iqram tersenyum
sinis. Tahulah dia hendak buat apa nanti. Badan Wani tiba-tiba
terasa panas dan membahang. Apalah malang nasibnya hari ini.
Sudahlah hampir
dilanggar kereta, terlewat masuk pejabat. Dapat pula majikan yang tidak
tahu meminta maaf. Hilang keterujaannya hendak berkenalan dengan anak Tan
Sri Farish Omar yang kacak dan suka berfoya-foya itu.
“Ini tempat awak!(
masuk ke dalam pejabatnya, keluar semula dengan sebeban file di tangan) Ini
pula kerja-kerja yang perlu awak siapkan sebelum waktu pulang nanti,”
Syafiq Iqram mencampak file-file syarikat di atas meja Wani. Tiada
senyuman yang terukir di wajah tersebut. Wani turut mencuka. Ini
kes balas ke? Boleh ke? Tak patut? Wani cemberut.
“Jangan nak tunjuk
muka buruk awak tu, buat semua kerja. Kalau tak siap pada waktunya,
tahulah awak!” ugut Syafiq Iqram. Dahi Wani berkerut. Memang
kes balas dendam. Terasa mahu menangis sahaja. Inilah akibatnya
jika terlalu terburu-buru mengambil tindakan tanpa memikirkan kesannya.
“Hah! Berangan lagi!
Cepat buat kerja!” tengking Syafiq Iqram tanpa memperdulikan perasaan
Wani. Dendam masih membara. Padam muka, detik hati kecil Syafiq
Iqram. Dia tersenyum dalam hati. Wajah polos yang sedang bersedih
itu ditatap seketika. Cantik juga setiausahanya ini. Ada iras-iras wajah
Emma Embong. Lawalahkan, Syafiq Iqram tersenyum sendiri.
Mentang-mentang dia
‘bos’ ikut suka hati dia je nak perintah, nak ugut. Balas dendamlah
konon. Kalau di luar nahaslah kau wahai ‘bos’, detik hati
kecil Wani. Hari itu Wani didera bekerja sehingga lewat malam. Mahu
terbakar hati Wani. Nantilah kau, wahai Syafiq Iqram! Wani
mengetap bibir.
Sudahlah dia
dibenarkan pulang lewat malam, dia datang kerja dengan teksi, sudah jauh malam
begini mana ada teksi. Memang kes dera ini. Wani mengintai bilik
Syafiq Iqram, bila
pula bosnya hendak pulang. Takkan tidur di pejabat? Kerja yang
dipinta oleh Syafiq Iqram sudah pun disiapkan. Dia membawa
masuk semua file yang diberi oleh
Syafiq Iqram pagi
tadi. File-file tersebut diletakkan di hadapan pemuda itu.
“Kerja saya dah siap,
Encik Syafiq. Dah jauh malam ni, boleh saya balik?” tanya Wani.
“Tunggu sampai kerja
saya selesai! Awakkan setiausaha saya?” Syaiq Iqram tidak pandang pun
wajah Wani.
"Encik gila ke
apa? dah pukul 12.00 malam encik!
Saya nak balik dengan
apa? mana ada bas waktu ini? Mana ada teksi? Kalau ada pun
tambangnya dua kali ganda? Siapa nak bayar? Saya baharu sahaja bekerja,
mana ada duit!” lengking suara Wani. Hilang rasa takut dan hormat.
Kalaulah dia dicekup oleh perogol bersiri di luar sana bagaimana? Ditangkap
oleh perompak, peragut dan penyamun macam mana? Kena bunuh ke? Wani
mengetap bibir. Syafiq Iqram meletak pen di atas meja. Wajah Wani
ditatap seketika. Bergetar hatinya seketika apabila matanya bertembung dengan
mata bulat Wani. Mahu jatuh jantungnya.
“Yang awak marah saya
pasal apa?” Syafiq Iqram tidak mahu kalah. Takut juga dia apabila
Wani sudah mengenggam penumbuk. Hendak tumbuk dia ke?
“Saya nak balik! Encik
kena hantar saya balik!” perintah Wani keras.
“Ait! Pasal apa
pula?” Syafiq Iqram buat tak endah. Wani mendekati. Dia
mencekak leher baju bosnya. Peduli apa jika dibuang kerja. Banyak
tempat lain lagi. Dari dia menjadi mangsa orang-orang jahat di luar sana,
lebih baik tidak bekerja.
“Apa awak buat ni
Wani? Awak nak saya buang awak ke? Berani awak?” Syafiq Iqram cuba
menolak tangan Wani yang masih memegang leher bajunya.
“Biarlah saya tak
bekerja, dari dapat bos gila macam awak! Nak hantar saya balik ke tidak?” Wani
mengetap bibir.
“Yalah, saya
hantar!” bukan takut tetapi seram. Kalau gadis itu benar-benar
menumbuk dia bagaimana. Bukan dia tidak boleh melawan tetapi tak
macholah tumbuk seorang perempuan.
“Kita balik
sekarang!” perintah Wani. Syafiq Iqram menutup komputernya.
Meja yang bersepah
dengan file tidak dipedulikan. Dia melangkah keluar. Wani mencapai
beg tangannya dan mengikut langkah Syafiq Iqram.
Dalam kereta
masing-masing melayan perasaan sendiri. Wani menekan perutnya yang
berbunyi.
“Perut awak
berbunyi ya? Lapar ya?” tanya Syafiq Iqram. Wani tidak
menjawab. Dia memandang keluar tingkap. Syafiq Iqram memandu masuk
ke dalam kawasan stesyen minyak. Dia memakirkan kereta dan melangkah
keluar. Kembali sepuluh minit kemudian bersama dua tin air soya dan
beberapa bungkus roti.
“Nah, makan ini
dahulu, maafkan saya kerana buat awak marah!” kata Syafiq Iqram sambil
menyerahkan bungkusan berisi roti dan air soya. Wani tidak langsung
memandang Syafiq Iqram. Hari pertama dia sudah didera. Fizikal dan
mental. Sebak dadanya. Sakit hatinya. Geram berbaur
marah. Air mata mula menitis di pipi. Wani mula menangis, dia
meraung sekuat hati. Syafiq Iqram terkejut dengan tindakan Wani secara
tiba-tiba. Ala, menangislah pula!
“Kenapa awak
menangis? Janganlah menangis. Malu ditengok orang. Nanti mereka
fikir yang bukan-bukan pula. Awak lapar je kan?” mengelabah Syafiq
Iqram. Belum pernah dia menghadapi situasi begini. Semakin
kuat tangisan Wani. Dia takut sebenarnya. Cerita-cerita yang dia dengar
pasal Syafiq Iqram membuatkan dia takut.
Macam mana kalau roti
itu diletakkan ubat tidur. Air pula ada pil khayal. Semakin kuat
tangisannya. Dia benar-benar takut. Boleh percaya ke pemuda di
sebelahnya itu. Tidak kira siapa dia.
“Wani!!” jerit Syafiq
Iqram. Dia menarik Wani dalam pelukannya. Bukan gadis itu berhenti
menangis malah semakin kuat.
“Awak ni kenapa
Wani?” tanya Syafiq Iqram, risau dan bimbang. Dia ada buat salah
ke? Dia hanya suruh Wani tunggu sampai lewat malam. Bukan buat
apa-apa pun.
“Tuan nak
perkosa saya ya? Tuan nak bawa saya pergi mana? Dalam makanan ni ada ubat
tidur dya? Pil khayal?” kata Wani sambil menangis. Terlopong
Syafiq Iqram mendengarnya. Dia menepuk dahinya sendiri.
“Awak ni! Itulah
banyak sangat tengok drama, dengar cerita karut-marut! Buat apa saya nak
buat macam tu? Awak ingat saya gila ke apa? awak ni memang gila
agaknya, suka beranggapan negative pada orang lain!” marah Syafiq Iqram.
Letak ubat tidur? Pil khayal?
Dia memandang
penampilan Wani dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Bukan
citarasa dia. Syafiq Iqram mencebik.
“Terlebih perasanlah
ni.” Syafiq Iqram memandu laju.
“Mana alamat awak?
Awak tinggal di mana? Saya bukan pemandu awak yang tahu ke mana awak nak
pergi!” lengking suara Syafiq Iqram.
“Bukan pagi tadi awak
baca resume saya, takkan tak baca alamat?” kata Wani bersahaja. Dia
mengesat air matanya yang tumpah di pipi. Syafiq Iqram mengeluh.
“Awak nak saya
tinggalkan awak di Jalan Tuanku Abdul Rahman tak? Kalau tak nak baik beritahu
alamat awak!” ugut Syafiq Iqram. Jalan Tuanku Abdul Rahman, waktu
begini? Oh tak mungkin?
“Ya, ya… saya
bagi tahu alamat saya,” jawab Wani. Syafiq Iqram menyengih.
----------
"Dah sampai pun.
Thanks, sebab hantar saya sampai rumah dan beli saya roti dengan air soya
tu. Prihatin juga awak kat saya, walaupun tadi awak dera saya," kata Wani
menyengih.
"Siapa
orang depan rumah awak tu?," tanya Syafiq penasaran.
"Aduh, itu ibu
bapa sayalah. Saya lupa nak jemput di Stesen Bas Jalan Duta. Okeylah, kita
jumpa nanti di pejabat," jawab Wani tergesa-gesa.
"Apalah, ibu bapa
sendiri lupa nak ambil, tapi salah saya juga sebab suruh dia buat kerja sampai
lewat malam," bicara Syafiq dalam hatinya.
"Wani minta maaf,
abah, mak sebab Wani lupa nak jemput abah dengan di stesen tadi."
"Tak mengapa
Wani, kami faham, hari ini hari pertama Wani memulakan kerja di syarikat
itukan," jawab Siti Saleha, ibu kepada Wani.
"Jom masuk ke
rumah," balas Wani dengan gembira kerana ibu bapanya telah selamat tiba di
Kuala Lumpur.
------
Kereta Honda Civic
Shafiq Iqwan meluncur masuk ke perkarangan sebuah rumah mewah. Dia memakir
bersama kenderaan milik keluarganya yang lain. Dia melangkah masuk dan
menutup daun pintu.
"Ada apa ayah?
Shafiq penatlah. Ingat nak solat lepas tu terus tidur."
"Ayah nak bincang
sikit tentang pekahwinan kamu. Umur Syafiq bukan muda lagi. Sudah sampai
masanya Syafiq memberi tumpuan untuk membina keluarga. Ayah sudah semakin tua,
jadi sebelum ayah menutup mata, biarlah ayah dapat melihat menantu dan cucu,"
luah Tan Sri Farish Omar.
------
Pagi yang nyaman tanpa bunyi bising bagaikan anugerah buat Wani.
Dia sentiasa berharap cita-citanya ingin kekal bekerja di syarikat gergasi itu
akan tercapai tanpa diganggu gugat akan kisah yang penuh duka di masa
lampaunya. Mungkin ini takdir untuk meneruskan perjuangan hidup tanpa seorang
lelaki di sisi.
“Wani! Bangun, jom solat subuh sama-sama!” pangggil emaknya di
luar pintu bilik. Wani memandang ke arah pintu. Terlalu jauh dia mengelamun.
“Baiklah mak. Kejap lagi Wani turun,” jawab Wani lalu bingkas
bangun. Langkah diayun ke bilik air. Usai mengambil wuduk dia ke ruang tamu.
“Mana anak dara kami?” tanya Encik Hishamuddin, ayah Wani. Puan
Siti Zaleha menoleh.
“Kejap lagi turunlah tu,” sambil mengambil tempat di
belakang suaminya.
“Wani dah turun ni,” Wani mendekati kedua orang tuanya.
“Jom solat!” ujar Encik Hishamuddin. Solat wajib dikerjakan
di awal waktu dan besar pahalanya jika solat berjemaah. Encik Hishamuddin sudah
pencen dari pekerjaannya. Sejak pencen masa banyak dihabiskan dengan membantu
isterinya. Usai solat mereka sama-sama berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Setelah selesai solat, Puan Siti Zaleha terus ke dapur
untuk menyediakan sarapan. Wani pula mendekati ayahnya. Dia ingin bercerita
tentang pengalamannya pada hari pertama dia bekerja. Dia duduk bersila mengadap
Encik Hishamuddin.
“Abah tahu, hari pertama di tempat kerja, ada seorang mamat poyo
ni. Sombong betul dan berlagak pula tu. Ada dia suruh Wani tunggu sampai tengah
malam. Takut Wani! Tapi ayah tahulah anak ayah ni, ada tali pinggang hitam
taekwandoo. Siapa berani buli!” cerita Wani beriya-iya. Encik Hishamuddin
mendengar dengan penuh minat.
“Mamat? Cantinya nama?” usik ayahnya. Wani mencebik. Cantik nama? Biar
betul?
“Mamat tu bos Wanilah ayah, suka sakat Wani, dera Wani!” adu Wani.
“Abah ingatkan mamat jual kicap ke? Mamat gunting rambut ke? Rupanya bos
Wani? Kacak ke orangnya?” terus mengusik anak gadisnya yang manja itu. Sudah
lama Wani tinggal di Kuala Lumpur sejak belajar di universiti lagi.
“Jual kicap? Kedai gunting? Apalah abah ni?” Wani merajuk manja.
“Kalau kacak mungkin anak abah boleh goda buat calon suami!” semakin
galak dia mengusik anak gadisnya yang manja memanjang itu. Manja sahaja tidak
mengapa, kadang-kadang garang tidak kena tempatnya.
“Calon suami? Kalau dia lelaki terakhir di dunia ini pun Wani takkan sudi
jadikan dia suami Wani!”
“Hish! Cakap tu biar pandang-pandang, jangan sedap mulut je, nanti
betul-betul jadi suami Wani baru
padan muka!” Encik
Hishamuddin menggelengkan kepala. Bercakap pun ikut sedap
mulutnya sahaja.
“Taklah, anak abah ni dah semakin lanjut usia, nak tunggu bila
lagi? Kalau sudah ada calon suami, abah setuju sahaja, asalkan Wani
berkenan. Anak kawan-kawan abah ramai yang sudah berumahtangga, Wani nak
membujang sampai bila?”
“Sampai kucing bertanduk!” gurau Wani.
“Tak baik cakap macam tu, kecewa abah nanti, tak kesian kat abah ke,
teringin nak bermenantu,” Encik Hishamuddin tersenyum.
“Ada jodoh Wani, adalah abah!” Wani menyengih.
“Abang, Wani, meh sarapan,” panggil Puan Siti Saleha.
Nantikan
kesinambungannya lagi... hehe... walaupun cerpen, tapi masih ada sambung kisah
Nur Syazwani dan Syafiq Iqram yang bakal ada dugaan sedang menunggu mereka...