Ahad, 27 Oktober 2013

DBSA sudah ada di Penulisan2U BAB 1 untuk versi terbaru ke-2

Assalamualaikum, Alhamdulillah, Syukur kpd ALLAH yg telah meminjamkan ilmunya kpd saya melalui kak2 dan abg2 yg telah menolong saya selama ini... Ini adalah hasilnya : 
http://www.penulisan2u.my/2013/10/novel-diakah-bakal-suami-aku-1-2/ 

Deringan jam loceng dengan nada ‘Bangun pagi gosok gigi’ mengejutkan Wani dari lenanya.  Terasa malas menguasai diri.  Namun digagahi juga membuka mata.  Jika tidak kerana hari itu adalah hari yang amat istimewa buat dirinya sudah tentu dia lebih rela melayan tidurnya.  Dengan berat hati Wani bingkas bangun dan bersiap.  Hari ini adalah hari pertama
dia bekerja.  Alhamdulillah.  Dia akan bekerja di sebuah  syarikat milik usahawan berjaya Tan Sri Farish Omar.  Antara syarikat gergasi terbesar di Malaysia.
Siapa yang tidak kenal Tan Sri Farish Omar.  Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki. Malangnya suka berfoya-foya.   Walaupun begitu  dia tetap berjaya dalam kerjanya sebagai Naib Eksekutif di syarikat milik ayahnya sendiri. Dia tersenyum sendiri.  Bagaimana dia mendapat maklumat tersebut? Kenalah banyak membaca.  Terutama tentang dunia usahawan.  Bagaimana pula dia tahu anak Tan Sri Farish Omar suka berfoya-foya, apa lagi dari cerita oranglah.  Leka berangan sampai dia tidak mendengar telefonnya berdering.  Tangannya pantas
mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja solek.  Terpampang diskrin ‘Makku sayang’.

 “Assalamualaikum, Wani hujung minggu ni mak datang melawat Wani tau, tunggu mak datang ya?”  beritahu pemanggil.  Lebar senyuman Wani.

“Waalaikumsalam mak.  Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi datang jengok Wani,” jawabnya ringkas.  Talian dimatikan, dan senyuman masih terukir di bibir. 
Seronoklah jika emaknya ada.  Boleh pesan  hendak makan apa.  Emak memang pandai memasak.  Kalau emak datang jimatlah duitnya.  Tidak perlu makan di luar. Setelah bersiap, Wani terus melangkah keluar.  Dia tidak mahu terlambat ke tempat kerja. Apatah  lagi hari ini adalah hari pertama dia menjejakkan kaki  di syarikat tersebut.  Bak kata orang, biarlah hari pertama bersih rekodnya.  Usai mengunci pintu dia terus ke hentian bas.  Apa sahajalah yang sampai dahulu.  Kalau bas, baslah yang akan didaki tangganya.  Kalau teksi… teksilah yang akan  diambil untuk ke destinasinya.  Bukan mudah hendak mendapatkan kenderaan awam dari tempat tinggalnya.  Harap dia tidak terlambat.  Hatinya mula gelisah. Resah, takut  tidak menentu.

Perjalanannya ke tempat kerja tidak berjalan lancar. Dia tersangkut di dalam kesesakan lalulintas.  Inilah rutin harian yang terpaksa ditempohi oleh warga Kuala Lumpur.  Kenalah banyak bersabar.  Dia masih tidak bekerja dan tidak mampu membeli kenderaan sendiri.  Sabarlah.  Baharu sahaja bekerja.  Teksi yang membawanya terpaksa mencari jalan pintas.  Jika tidak pasti dia akan tiba lambat di tempat kerja baharunya itu.  Usai membayar tambang dia terus
melangkah keluar dari perut teksi tanpa memandang kiri dan kanan, hendak cepat
punya pasal.  Takut benar dia terlewat sampai.  Waktu hendak melintas dia hampir hendak dilanggar sebuah kereta  Honda Civic  yang meluncur laju.  Eee, geramnya! Kata   Wani dalam hati.  Dia mengetap bibir.  Langkah diatur laju menuju ke tempat meletak kereta.  Dia tercari-cari kereta yang
hampir melanggarnya.  Tak tahu ke, ini kawasan pejabat? Takkan tak nampak?  Dia punyalah besar, cantik pula, tidak mungkin pemandu itu tidak perasan.  Huh! Dasar buta mata agaknya.  Dia menghentak-hentak kaki waktu
berjalan.  Tanda marah dan geram.  Kalau dia terlanggar tadi bagaimana? Kakinya patah?  Cedera parah?  Mati ke? Wani menyumpah dalam hati.

“Hah! Itu pun keretanya,”  Dia melangkah laju mendekati Honda Civic yang diletakkan di tempat letak kereta khas.  Ah! Peduli apa.  Perhitungan harus dibuat.  Wani terintai-intai. Pemandunya masih di dalam kenderaan tersebut.  Cermin tingkap diketuk dengan kuat.  Kalau pecah dia
peduli apa.  Hatinya sedang panas dan geram.

“Hoi!” jerit Wani.  Tingkap cermin di buka.  Pemuda itu mengangkat bahu, matanya membuntang memandang Wani.

 “Awak ni ada mata tak? Awak tak nampak ke saya tadi? 
Awak hampir langgar saya tau!” marah Wani berapi-api.  Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menyumpah seranah.  Namun memikirkan dia masih ada etika kewanitaan jaga jugalah tutur katanya.  Pemuda itu membuka pintu kereta dan melangkah keluar.  Dia menjegilkan mata memandang Wani yang
menyerangnya bagaikan orang gila.

"Awak tu yang tak ada mata dan akal.  Seberang jalan tak pandang kiri kanan!
Bukan salah saya?  Awak yang tak berhati-hati!  Malas saya nak layan orang gila macam awak!”  Pemuda itu menolak Wani ke tepi.  Buang masa sahaja layan perempuan separuh gila itu.  Menjerit macam orang sasau.  Salahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri.  Huh!  Dia menjeling tajam sebelum melangkah pergi
meninggalkan Wani dengan kemarahannya. 

 “Hoi! Tak minta maaf pun!!” jerit Wani masih tidak berpuas hati.  Dia
mengikut langkah pemuda tersebut.  Kacak?  Memanglah kacak.  Ah! Pedulilah dengan kekacakkan pemuda itu
kalau perangai menjengkelkan.

“Hoi!”  Wani menarik tangan pemuda itu di hadapan pintu lif.  Peduli apa dia.  Pemuda itu merentap kembali  tangannya.

“Awak ni kenapa? Gila ke?  Pengawal!” jerit lelaki itu kembali.  Wani terlopong.  Dia yang hampir dilanggar kenapa pula  pemuda itu marahnya kembali?

 “Awak hampir langgar saya, awak tahu tak?” lengking suara Wani. Pemuda itu membuntangkan mata.  Memang benar-benar gila perempuan yang berada di hadapannya itu.

“Habis tu awak nak apa?  awak cedera ke?  Ada yang patah ke? Atau otak awak dah terkeluar?”  pemuda itu menonjol  dahi Wani.  Terkejut gadis itu.  Beraninya
pemuda ini. Masing-masing lawan mencekak pinggang.  Tidak mahu kalah.

 “Memanglah tak cedera! Tapi sekurang-kurangnya minta maaflah!” Wani mencebik dan memeluk tubuh sendiri. Pemuda itu menyengih sinis.

 “Hei, awak yang  jalan tak pandang kiri kanan, awak salahkan saya bila awak hampir terlanggar. Awak tahu tak, awak berjalan di jalanraya!”  marah pemuda itu.  Wani berfikir seketika.  Ya tak ya juga, detik hati kecil Wani.  Ah! Tapi dia peduli apa.

“Saya tak peduli, awak harus minta maaf pada saya.  Susah sangat ke?”  Wani tidak mahu kalah. Pemuda itu menarik hidung Wani.

 “Awak ni kenal tak saya siapa?  Kalau nak bercakap tu guna akal, jangan sedap nak membebel je,”  pemuda itu menjuihkan bibir.

“Peduli apa saya siapa awak!”  Wani mencebik.  Macamlah orang penting
sangat.  Tengok penampilan biasa sahaja.  Tiada apa yang istimewa melainkan wajahnya yang kacak. Dia sedikit pun tidak tergoda. Kalaulah perangai
macam ini, tak ingin di buat suami pun.

“Saya Syafiq Iqram,”  pemuda itu memperkenalkan diri.  Syafiq Iqram? Macam pernah tengok dan dengar nama itu, tapi di mana ya?  Wani berfikir sejenak.  Syafiq Iqram?  Dia menekup mulutnya sendiri.  Wajah pemuda itu dipandang
lama.  Mampus aku! Detik hati kecilnya.  Mahu sahaja dia menyorok dalam begnya itu, kalaulah dia mampu mengecilkan dirinya sendiri.

 “Dah habis fikir! Awak yang perlu minta maaf atau saya?”  marah Syafiq Iqram.  Punat lif ditekan lagi sekali.  Dia mendengus kasar.  Wani terasa dunianya terlalu kecil, sekecil dirinya sekarang.  Dia sedang  berhadapan dengan anak pemilik syarikat tempat dia akan bekerja.  Mahu sahaja dia berlari meninggalkan tempat itu.  Kakinya bagaikan tersekat dan tidak mampu digerakkan.  Ada gam agaknya.  Matilah aku, bisiknya sendiri.  Sudahlah hari pertama, bergaduh pula dengan anak majikannya sendiri. Kalaulah dia dibuang kerja pada hari pertama, bagaimana?  Adoi!

Pintu lif terbuka.  Syafiq Iqram melangkah masuk.  Tidak dipedulikan Wani berdiri
macam pohon kayu tua yang tidak mahu mati-mati.  Dia menjelirkan lidah sebelum pintu lif tertutup.  Wani mencebik.  Poyo betul anak bosnya itu.  Punat lif ditekan semula.  Dia memaki dirinya sendiri.  Kenapalah marah orang tidak pandang kiri kanan dahulu.  Janganlah dia dibuang kerja.  Janganlah anak majikannya hantar dia jadi pencuci bangunan.

Sampai di bahagian HR, Wani terus di bawa ke bahagian dia di tempatkan.  Dia juga diperkenalkan dengan rakan sekerja baharunya.  Mereka menyambut kehadirannya dengan baik. Dia mampu tersenyum semula walaupun dalam hati sedang berkecamuk berbagai perkara.

“Wani, saya bawa awak jumpa dengan Tan Sri Farish Omar dahulu.  Dia akan tentukan awak diletakkan di bawah siapa,”  terang  pegawai HR itu.  Wani hanya mengangguk.    Daun pintu berkaca dihias dengan corak klasik diketuk perlahan.  Itu pun setelah dibenarkan oleh PA Tan Sri Farish Omar.  Setelah dibenarkan masuk baharulah mereka  melangkah masuk.  Wah, Wani teruja melihat ruang kerja Tan Sri Farish Omar.  Hiasan dalamannya mewah, sofa berwarna putih hitam diletak di tengah-tengah bilik tersebut.  Luas sungguh.  Lebih luas dari rumah yang menjadi tempat tinggalnya sekarang.

“Sila duduk, terima kasih Cindy, awak boleh keluar sekarang,”  perintah Tan Sri Farish Omar.  Orangnya tidak terlalu tua,  kacak, masih bergaya.  Mata Wani tertacap pada wajah majikannya itu.

 “Wani, saya keluar dahulu, kalau ada apa-apa  jumpa sahaja saya di bahagian HR,”  kata Cindy sebelum melangkah  keluar.  Wani hanya mengangguk.

Setelah mengucapkan terima kasih pada staf bawahannya.  Tan Sri Farish Omar meminta seseorang datang berjumpa dengannya.  Dia meneliti resume Wani, dan
terangguk-angguk.  Wani memerhatikan sahaja.  Tiada sebarang soalan ditanya
kepadanya.    Daun pintu ditolak perlahan.  Terpacul seseorang yang … Wani
menjegilkan mata.  Matilah aku, bisiknya sendiri.  Syafiq Iqram mendekati dia dan Tan Sri  Farish Omar.

“Ada apa Tan Sri?”  tanya Syafiq Iqram berprotokal. 

“Ini  saya kenalkan Wani, setiausaha baharu Syafiq.  Wani ini bos awak.  Awak akan bekerja dengan Syafiq Iqram.  Selamat datang dan saya harap awak suka
bekerja di sini,” kata Tan Sri  Farish  Omar.  Terdiam dan tidak berkutik Wani
dibuatnya.  Dia mencubit dirinya sendiri.  Tidak! Tidak mungkin! Waktu itu mahu sahaja dia berlari keluar dan meninggalkan ruang yang mewah itu atau lari keluar
meninggalkan dan tidak perlu datang bekerja di syarikat tersebut

“Ini setiausaha saya?  Tak ada orang lain ke Tan Sri?”  Syafiq Iqram tidak
bersetuju.  Perempuan ini?  Tidak mungkin! Dia sendirk terkejut.  Baharu setengah jam yang lalu dia bergaduh dengan perempuan ini.

 “Kenapa?  Kelulusannya bagus, pelajar terbaik di kolej, aktif, kreatif, bukahkah ciri-ciri itu yang Syafiq cari?”  Tan Sri Farish Omar memandang wajah anak
terunanya yang cerewet itu.

“Memanglah Tan Sri, tapi biarlah yang berkelayakan, kalau gila  mana sesuai!” 
Syafiq Iqram menjeling tajam.

“Gila?”  Tan Sri Farish Omar terkejut.  Wani menyengih.

 “Ada sedikit salah faham tadi Tan Sri,”  Wani tersenyum semula.  Malunya!  

 “Oh ya ke? Nanti awak berdua selesaikan.  Syafiq bawa Wani ke pejabat.  Cuba
dahulu, kalau tidak sesuai baharu kita tukar yang lain,”  Tan Sri Farish Omar memeluk bahu anak terunanya.  Syafiq Iqram mengeluh.  Wani  dipandang sinis.  Sakit hati masih bersisa,  masih bersarang di kepala.  Kenapalah perempuan gila ini yang akan menjadi setiausahanya.  Syafiq Iqram tersenyum sinis.  Tahulah dia hendak buat apa nanti.  Badan Wani tiba-tiba terasa panas dan
membahang.  Apalah malang nasibnya hari ini.  Sudahlah hampir dilanggar kereta, terlewat masuk pejabat.  Dapat pula majikan yang tidak tahu meminta maaf.  Hilang keterujaannya hendak berkenalan dengan anak Tan Sri Farish Omar
yang kacak dan suka berfoya-foya itu. 

“Ini tempat awak!( masuk ke dalam pejabatnya, keluar semula dengan sebeban file di tangan) Ini pula kerja-kerja yang perlu awak siapkan sebelum waktu pulang
nanti,”  Syafiq Iqram mencampak file-file syarikat di atas meja Wani.  Tiada
senyuman yang terukir di wajah tersebut.  Wani turut mencuka.  Ini kes balas
dendam ke?  Boleh ke?  Tak patut?  Wani cemberut.

“Jangan nak tunjuk muka buruk awak tu, buat semua kerja.  Kalau tak siap pada waktunya, tahulah awak!”  ugut Syafiq Iqram.  Dahi Wani berkerut.  Memang kes balas dendam.  Terasa mahu menangis sahaja.  Inilah akibatnya jika terlalu terburu-buru mengambil tindakan tanpa memikirkan kesannya.


“Hah! Berangan lagi! Cepat buat kerja!” tengking Syafiq Iqram tanpa memperdulikan perasaan Wani.  Dendam masih membara.  Padam muka, detik hati kecil Syafiq Iqram.  Dia tersenyum dalam hati.  Wajah polos yang sedang bersedih itu ditatap seketika.  Cantik juga setiausahanya ini. Ada iras-iras wajah Emma Embong.  Lawalahkan, Syafiq Iqram tersenyum sendiri.

Mentang-mentang dia ‘bos’ ikut suka hati dia je nak perintah, nak ugut.  Balas dendamlah konon.   Kalau di luar nahaslah kau  wahai ‘bos’, detik hati kecil Wani.  Hari itu Wani didera bekerja sehingga lewat malam.  Mahu terbakar hati Wani.  Nantilah kau, wahai Syafiq Iqram!   Wani mengetap bibir.  Sudahlah dia dibenarkan pulang lewat malam, dia datang kerja dengan teksi, sudah jauh malam begini mana ada teksi. Memang kes dera ini.  Wani mengintai bilik
Syafiq Iqram, bila pula bosnya hendak pulang.  Takkan tidur di pejabat?  Kerja
yang dipinta oleh Syafiq Iqram sudah pun disiapkan.   Dia membawa  masuk semua file yang diberi oleh Syafiq Iqram pagi tadi.  File-file tersebut diletakkan
di hadapan pemuda itu.

“Kerja saya dah siap, Encik Syafiq. Dah jauh malam ni, boleh saya balik?” tanya Wani.

“Tunggu sampai kerja saya selesai! Awakkan setiausaha saya?”  Syaiq Iqram tidak pandang pun wajah Wani.

"Encik gila ke apa? dah pukul 12.00 malam encik! Saya nak balik dengan apa?  mana ada bas waktu ini?  Mana ada teksi? Kalau ada pun tambangnya dua
kali ganda? Siapa nak bayar?  Saya baharu sahaja bekerja, mana ada duit!”  lengking suara Wani.  Hilang rasa takut dan hormat.  Kalaulah dia dicekup oleh
perogol bersiri di luar sana bagaimana? Ditangkap oleh perompak, peragut dan
penyamun macam mana?  Kena bunuh ke?  Wani mengetap bibir. Syafiq Iqram
meletak  pen di atas meja.  Wajah Wani ditatap seketika.  Bergetar hatinya seketika apabila matanya bertembung dengan mata bulat Wani. Mahu jatuh jantungnya.

“Yang awak marah saya pasal apa?”  Syafiq Iqram tidak mahu kalah.  Takut juga dia apabila Wani sudah mengenggam penumbuk. Hendak tumbuk dia ke?

“Saya nak balik! Encik kena hantar saya balik!” perintah Wani keras.

“Ait! Pasal apa pula?”  Syafiq Iqram buat tak endah.  Wani mendekati.  Dia mencekak leher baju bosnya.  Peduli apa jika dibuang kerja.  Banyak tempat lain lagi.  Dari dia menjadi mangsa orang-orang jahat di luar sana, lebih baik tidak bekerja.

“Apa awak buat ni Wani? Awak nak saya buang awak ke?  Berani awak?”  Syafiq Iqram cuba menolak tangan Wani yang masih memegang leher bajunya.

“Biarlah saya tak bekerja, dari dapat bos gila macam awak! Nak hantar saya balik ke tidak?” Wani mengetap bibir.


“Yalah, saya hantar!”  bukan takut tetapi seram.  Kalau gadis itu benar-benar
menumbuk dia bagaimana.   Bukan dia tidak boleh melawan tetapi tak macholah tumbuk seorang perempuan.

 “Kita balik sekarang!”  perintah Wani.  Syafiq Iqram menutup  komputernya. 
Meja yang bersepah dengan file tidak dipedulikan.  Dia melangkah keluar.  Wani mencapai beg tangannya dan mengikut langkah Syafiq Iqram.

Dalam kereta masing-masing melayan perasaan sendiri.  Wani menekan perutnya yang berbunyi.

 “Perut awak berbunyi ya? Lapar ya?”  tanya Syafiq Iqram.  Wani tidak menjawab.  Dia memandang keluar tingkap.  Syafiq Iqram memandu masuk ke dalam kawasan stesyen minyak.  Dia memakirkan kereta dan melangkah keluar.  Kembali sepuluh minit kemudian bersama dua tin  air soya dan beberapa bungkus roti.

“Nah, makan ini dahulu, maafkan saya kerana buat awak marah!”  kata Syafiq Iqram sambil menyerahkan bungkusan berisi roti dan air soya.  Wani tidak langsung memandang Syafiq Iqram.  Hari pertama dia sudah didera. Fizikal dan mental.  Sebak dadanya.  Sakit hatinya.  Geram berbaur marah.  Air mata mula menitis di pipi.  Wani mula menangis, dia meraung sekuat hati.  Syafiq Iqram terkejut dengan tindakan Wani secara tiba-tiba. Ala, menangislah pula!

 “Kenapa awak menangis? Janganlah menangis.  Malu ditengok orang.  Nanti mereka fikir yang bukan-bukan pula.  Awak lapar je kan?”  mengelabah Syafiq Iqram.  Belum pernah dia  menghadapi situasi begini.  Semakin kuat tangisan Wani.  Dia takut sebenarnya. Cerita-cerita yang dia dengar pasal Syafiq Iqram membuatkan dia takut.
Macam mana kalau roti itu diletakkan ubat tidur.  Air pula ada pil khayal.  Semakin kuat tangisannya.  Dia benar-benar takut.  Boleh percaya ke pemuda di sebelahnya itu.  Tidak kira siapa dia.

“Wani!!” jerit Syafiq Iqram.  Dia menarik Wani dalam pelukannya.  Bukan gadis itu
berhenti menangis malah semakin kuat.

“Awak ni kenapa Wani?”  tanya Syafiq Iqram, risau dan bimbang.  Dia ada buat salah ke?  Dia hanya suruh Wani tunggu sampai lewat malam.  Bukan buat apa-apa pun.

 “Tuan nak perkosa saya ya?  Tuan nak bawa saya pergi mana? Dalam makanan ni ada ubat tidur dya?  Pil khayal?”  kata Wani sambil menangis.  Terlopong Syafiq Iqram mendengarnya.  Dia menepuk dahinya sendiri.

“Awak ni!  Itulah banyak sangat tengok  drama, dengar cerita karut-marut! Buat apa saya nak buat macam tu?  Awak ingat saya gila ke apa?  awak ni memang gila agaknya, suka beranggapan negative pada orang lain!” marah Syafiq Iqram.  Letak ubat tidur? Pil khayal?  Dia memandang penampilan Wani dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki.  Bukan
citarasa dia.   Syafiq Iqram mencebik.

“Terlebih perasanlah ni.”  Syafiq Iqram memandu laju.

“Mana alamat awak? Awak tinggal di mana?  Saya bukan pemandu awak yang tahu ke mana awak nak pergi!”  lengking suara Syafiq Iqram.

“Bukan pagi tadi awak baca resume saya, takkan tak baca alamat?”  kata Wani bersahaja.  Dia mengesat air matanya yang tumpah di pipi.  Syafiq Iqram mengeluh.

“Awak nak saya tinggalkan awak di Jalan Tuanku Abdul Rahman tak?  Kalau tak nak baik beritahu alamat awak!”  ugut Syafiq Iqram.  Jalan Tuanku Abdul Rahman, waktu begini?  Oh tak mungkin?

 “Ya, ya… saya bagi tahu alamat saya,”  jawab Wani.  Syafiq Iqram menyengih.
----------
"Dah sampai pun. Thankssebab hantar saya sampai rumah dan beli saya roti dengan air soya tu. Perhatian juga awak kat saya, walaupun tadi awak dera saya," kata Wani menyengih.

 "Siapa orang depan rumah awak tu?," tanya Syafiq penasaran.

"Aduh, itu ibu bapa sayalah. Saya lupa nak jemput di Stesen Bas Jalan Duta. Okeylah, kita jumpa nanti di pejabat," jawab Wani tergesa-gesa.

"Apalah, ibu bapa sendiri lupa nak ambil, tapi salah saya juga sebab suruh dia buat kerja sampai lewat malam," bicara Syafiq dalam hatinya. 

"Wani minta maaf, abah, mak sebab Wani lupa nak jemput abah dengan di stesen tadi." 

"Tak mengapa Wani, kami faham, hari ini hari pertama Wani memulakan kerja di syarikat itukan," jawab Siti Saleha, ibu kepada Wani.

"Jom masuk ke rumah," balas Wani dengan gembira kerana ibu bapanya telah selamat tiba di Kuala Lumpur.

------

Kereta Honda Civic Shafiq Iqwan meluncur masuk ke perkarangan sebuah rumah mewah. Dia memakir bersama kenderaan milik keluarganya yang lain. Dia melangkah masuk  dan menutup daun pintu.  

"Ada apa ayah? Shafiq penatlah. Ingat nak solat lepas tu terus tidur."

"Ayah nak bincang sikit tentang pekahwinan kamu. Umur Syafiq bukan muda lagi. Sudah sampai masanya Syafiq memberi tumpuan untuk membina keluarga. Ayah sudah semakin tua, jadi sebelum ayah menutup mata, biarlah ayah dapat melihat menantu dan cucu," luah Tan Sri Farish Omar.



------
         Pagi yang nyaman tanpa bunyi bising bagaikan anugerah buat Wani. Dia sentiasa berharap cita-citanya ingin kekal bekerja di syarikat gergasi itu akan tercapai tanpa diganggu gugat akan kisah yang penuh duka di masa lampaunya. Mungkin ini takdir untuk meneruskan perjuangan hidup tanpa seorang lelaki di sisi.

          “Wani! Bangun, jom solat subuh sama-sama!” pangggil emaknya di luar pintu bilik. Wani memandang ke arah pintu. Terlalu jauh dia mengelamun.                    
         “Baiklah mak. Kejap lagi Wani turun,” jawab Wani lalu bingkas bangun. Langkah diayun ke bilik air. Usai mengambil wuduk dia ke ruang tamu.

         “Mana anak dara kami?” tanya Encik Hishamuddin, ayah Wani. Puan Siti Zaleha menoleh.

           “Kejap lagi turunlah tu,” sambil mengambil tempat di belakang suaminya.            
           “Wani dah turun ni,” Wani mendekati kedua orang tuanya.                                  
           “Jom solat!” ujar Encik Hishamuddin. Solat wajib dikerjakan di awal waktu dan besar pahalanya jika solat berjemaah. Encik Hishamuddin sudah pencen dari pekerjaannya. Sejak pencen masa banyak dihabiskan dengan membantu isterinya. Usai solat mereka sama-sama berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat.

           Setelah selesai solat, Puan Siti Zaleha terus ke dapur untuk menyediakan sarapan. Wani pula mendekati ayahnya. Dia ingin bercerita tentang pengalamannya pada hari pertama dia bekerja. Dia duduk bersila mengadap Encik Hishamuddin.

          “Abah tahu, hari pertama di tempat kerja, ada seorang mamat poyo ni. Sombong betul dan berlagak pula tu. Ada dia suruh Wani tunggu sampai tengah malam. Takut Wani! Tapi ayah tahulah anak ayah ni, ada tali pinggang hitam taekwandoo. Siapa berani buli!” cerita Wani beriya-iya. Encik Hishamuddin mendengar dengan penuh minat.

        “Mamat? Cantinya nama?” usik ayahnya. Wani mencebik. Cantik nama? Biar betul?

       “Mamat tu bos Wanilah ayah, suka sakat Wani, dera Wani!” adu Wani.

       “Abah ingatkan mamat jual kicap ke? Mamat gunting rambut ke? Rupanya bos Wani? Kacak ke orangnya?” terus mengusik anak gadisnya yang manja itu. Sudah lama Wani tinggal di Kuala Lumpur sejak belajar di universiti lagi.

       “Jual kicap? Kedai gunting? Apalah abah ni?” Wani merajuk manja.

       “Kalau kacak mungkin anak abah boleh goda buat calon suami!” semakin galak dia mengusik anak gadisnya yang manja memanjang itu. Manja sahaja tidak mengapa, kadang-kadang garang tidak kena tempatnya.

       “Calon suami? Kalau dia lelaki terakhir di dunia ini pun Wani takkan sudi jadikan dia suami Wani!”

       “Hish! Cakap tu biar pandang-pandang, jangan sedap mulut je, nanti betul-betul jadi suami Wani baru padan muka!” Encik Hishamuddin menggelengkan kepala. Bercakap pun ikut sedap mulutnya sahaja.

       “Taklah, anak abah ni dah semakin lanjut usia, nak tunggu bila lagi? Kalau sudah ada calon suami, abah setuju sahaja, asalkan Wani berkenan. Anak kawan-kawan abah ramai yang sudah berumahtangga, Wani nak membujang sampai bila?”

       “Sampai kucing bertanduk!” gurau Wani.

       “Tak baik cakap macam tu, kecewa abah nanti, tak kesian kat abah ke, teringin nak bermenantu,” Encik Hishamuddin tersenyum.

       “Ada jodoh Wani, adalah abah!” Wani menyengih.

       “Abang, Wani, meh sarapan,” panggil Puan Siti Saleha.

Akan bersambung lagi... Nantikannya... :D  InsyaALLAH...